Artikel

Kemeriahan Karnival Cinta Muhammad 2014

oleh Asmaa Nabilah Abd Rashid pada 21 Jan 2014

PTS Media Group Sdn. Bhd sekali lagi berjaya memeriahkan program Karnival Cinta Muhammad yang diadakan di Masjid Bukit Indah, Ampang pada 10 hingga 12 Januari 2014 lalu.

Program ini dianggarkan berjaya menarik lebih 10 ribu orang pengunjung hadir menyertai setiap aktiviti sepanjang karnival dijalankan.

Sambutan daripada komuniti setempat sangat menggalakkan dalam pelbagai pengisian karnival ini.

Ternyata, setiap aktiviti program yang diadakan mampu menarik minat pelbagai golongan untuk menyertainya, bermula peringkat umur kanak-kanak sehingga golongan dewasa.

Setiap program yang dikendalikan juga sangat meriah seperti pertandingan mewarna, bengkel melukis komik, bengkel membesarkan anak hebat dengan susu ibu, pertandingan futsal, demo masakan, sesi cabutan bertuah dan lain-lain.

Kehadiran tokoh terkenal tanah air daripada pelbagai bidang seperti Dr. Danial Zainal Abidin, Dr. Zulkifli Al-Bakri, dan Ustaz Haslin Bollywood turut menarik orang ramai hadir mendengar kuliah serta sesi perkongsian ilmu.

Selain itu, karnival ini turut dijayakan lagi dengan adanya gerai jualan pameran buku yang ternyata mendapat sambutan hangat daripada pengunjung.

Kepelbagaian jenis bahan bacaan yang dijual telah menjadi pilihan mereka untuk mendapatkan buku terbaik keluaran PTS.

Disamping itu, gerai-gerai jualan yang disediakan di perkarangan masjid turut mendapat perhatian daripada orang ramai.

Sehubungan itu, Karnival Cinta Muhammad ini telah direalisasikan dengan jayanya dan terbukti program sebegini mampu mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat setempat dan pihak PTS sendiri.

 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024