Artikel

Jangan Berputus Asa: Misi Menyelamat Komika

oleh Nabilah Huda Megat Mohamad Hamdan pada 26 Jun 2014

Setiap remaja mempunyai impian yang tersendiri. Seperti juga Norman, Hardi, Jefri, Alfian, dan Siti. Norman dan rakan-rakannya mempunyai impian untuk menerbitkan sebuah majalah komik di sekolah.

Majalah Komika adalah majalah komik bulanan sekolah yang diterbitkan oleh kelab penerbit komik.

Namun begitu, setiap perkara pasti ada dugaan dan cabarannya. Penerbitan komik ini tidak disenangi oleh Cikgu Najib, guru disiplin sekolah dan juga guru besar sementara di sebabkan guru besar mereka telah jatuh sakit dan terpaksa dirawat ke hospital.

Komik ini sesuai dibaca oleh semua peringkat remaja kerana mempunya mesej yang tersendiri tentang semangat juang remaja yang tinggi dalam merealisasikan minat mereka untuk menerbitkan sebuah  komik.

Selain itu, ia dicetak 100% halaman berwarna dengan menceritakan kisah mereka dalam dua bentuk iaitu komik dan novel.

Adakah Norman dan rakan-rakannya berjaya mengharungi segala cabaran untuk menerbitkan Komika? Kisah selanjutkan akan diketahui jika anda membeli novel Misi Menyelamat Komika. Buku ini boleh dibeli secara online di www. bookcafe.com.my.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024