Artikel

Masakan Sihat : Hidangan Sayur

oleh Elcy Syafina Syafri pada 27 Jun 2014

Sayur-sayuran adalah salah satu sumber makanan yang berkhasiat. Tidak lengkap sesuatu hidangan tanpa sayur di meja makan. Ingin tahu jenis sayur-sayuran berserta cara-cara memasak hidangan yang sesuai dengan sayur-sayuran? Ikuti resepi di buku ini.

Chef Fazalina Ismail merupakan juara dalam Pertandingan Akhir Chef Selebriti Berita Harian 2011 dengan menampilkan sajian asli ala kontemporari.

Sebelum ini,beliau pernah berkhidmat sebagai chef di beberapa buah hotel di Malaysia. Bakat sejak kecil ini akhirnya dikongsikan dengan menghasilkan buku resipi dan dikomersialkan. Salah satu buku resipi yang ditulis ialah Hidangan Sayur.

Melalui buku ini, mereka yang ingin menyediakan hidangan sayur dapat disediakan dengan pantas dan mudah.Dengan harga yang berpatutan dan ilustrasi yang menarik mampu membangkitkan deria rasa, sudah pasti membuat para penggemar masakan ingin memiliki buku ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024