Artikel

Janji Kami!

oleh Helmi pada 01 Jun 2010

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

 

Salam sejahtera kepada para pembeli dan pembaca buku-buku terbitan kumpulan syarikat-syarikat PTS. Semoga buku-buku yang tuan dan puan beli dan baca itu membawa sebanyak-banyak manfaat dan kebaikan yang berpanjangan selama di dunia sehingga ke akhirat.

 

Syarikat-syarikat PTS ditubuhkan dengan matlamat mahu menyampaikan dan menyebarluaskan pelbagai ilmu pengetahuan demi memandaikan bangsa. Dengan berpegang kepada matlamat itu maka kami memastikan isi kandungan buku-buku terbitan PTS sentiasa mematuhi 2 kriteria:

1.        Buku-buku itu menyampaikan ilmu, informasi dan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan syariah.

2.        Buku-buku itu ditulis menggunakan laras Bahasa Melayu Tinggi.

 

Hjh. Ainon Mohd.

Pengerusi Kumpulan Syarikat-Syarikat PTS.

 

(Ikrar ini sudah disiarkan dalam akhbar Berita Harian. Hari Sabtu, 29 Mei 2010 dalam Keluaran Khas, Variasi Perniagaan)

iklan BH

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024