Artikel

Siri Buku Resipi Terpamer di Kedai Serbaneka

oleh Helmi pada 10 Jun 2010

MyNews.com SubangBagi memeriahkan pelbagai musim perayaan dan cuti umum yang bakal tiba. Tim Pemasaran PTS tambah agresif dengan menjalankan promosi buku-buku resipi terbitan PTS Millennia Sdn Bhd. Menurut Cikpuan Ashikin Wahid, Editor Kanan PTS Millennia melalui Studio PTSdotfm, pihak penerbitan sudah menerbitkan empat siri utama buku resipi iaitu Siri Senangnya Memasak, Siri Memasak Sehebat Chef, Siri Hidangan Terbaik Dunia dan Siri Cita Rasa Malaysia.

Kesemua siri ini memaparkan langkah-langkah memasak pelbagai jenis makanan dengan cara yang unik dan mudah. Juga foto-foto masakan yang cukup menarik.

Tambahan lagi, bulan Ramadan yang semakin hampir. PTS Millennia sudah menerbitkan buku-buku resipi sempena meraikan waktu berbuka puasa dan bersahur. Antara tajuk siri baru ini ialah Hidangan Mudah, Cepat dan Enak Berbuka Puasa dan Hidangan Mudah Cepat dan Enak Bersahur. 

MyNews KLCC

Penulis-penulis buku resipi ini sememangnya pakar dalam bidang masakan. Mereka ialah Chef Hanieliza, Chef Zul, Chef Dzul, Chef Nazira, Chef Nashra, Chef Hafiza, Chef Arm dan ramai lagi.

Buku-buku resipi mereka dipamerkan di lokasi terbaru, 25 rangkaian kedai serbaneka MyNEWS.com dan Newsplus milik Syarikat Bison Sdn. Bhd. Rangkaian kedai serbaneka ini giat mempromosikan buku-buku resipi bermula seawal bulan Jun sehingga 31 Ogos 2010.

Poster kempen Baca@Ramadan dan siri buku resipi sudah digantung pada syiling rangkaian kedai terpilih MyNEWS.com dan Newsplus. 

MyNews Tesco
Promosi ini lebih meriah, apabila Tim Pemasaran juga menyediakan iklan berbentuk LCD yang terus dipapar pada skrin kaunter juruwang. 

Selain rangkaian kedai serbaneka ini, peminat-peminat buku resipi boleh beli siri resipi di kedai-kedai buku seluruh negara. Beli, baca, cuba dan rasa masakan sendiri, hasil dari langkah-langkah memasak yang sudah dikongsikan oleh para chef terkemuka dari PTS. Selamat memasak!



Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024