Artikel

Jawatan Kosong di Jabatan Marketing PTS

oleh [email protected] pada 01 Feb 2012

Dimaklumkan sekarang ada jawatan kosong di unit pemasaran PTS iaitu Eksekutif Pemasaran PTS (Pengiklanan & Promosi). Berikut adalah bidang tugas dan kelayakan yang diperlukan:

Bidang Tugas:

  1. Menguruskan acara bersama penulis di kedai mahupun di pesta buku.

  2. Mengkordinasi bahan-bahan pemasaran PTS.

  3. Mengkordinasi kempen-kempen PTS untuk pengedar.

  4. Turut terlibat dalam perancangan pemasaran PTS.

  5. Merancang dan menguruskan pengiklanan PTS.


Kelayakan:

  1. Lelaki (berumur 20 - 35 tahun)

  2. Mempunyai skil dalam perancangan strategi.

  3. Kreatif, aktif, dan dinamik.

  4. Skil komunikasi yang tinggi dan bekerja dengan deadline.

  5. Mampu menjadi ahli tim yang terbaik.

  6. Mahir menulis dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

  7. Memiliki ijazah/diploma dalam bidang berkaitan.

  8. Memiliki kemahiran interpersonal dan perwatakan menarik.

  9. Mahir menggunakan komputer dan internet.

  10. Memiliki lesen memandu D.

Sehubungan dengan itu, Jabatan HRDA sekarang mempelawa mana-mana individu yang berminat mengisi jawatan itu dengan menghantar resume terus ke Jabatan Sumber Manusia PTS ([email protected]) ataupun ([email protected])

Maklumat lanjut jawatan yang dipohon, syarat-syarat, borang permohonan dan cara-cara memohon jawatan kosong yang diiklankan, klik:http://pts.com.my/index.php/karier/eksekutif-pemasaran-pengiklanan-promosi/

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024