Artikel

Jenaka, Senyum dan Ketawa Meredakan Tekanan.

oleh Helmi pada 21 Jun 2004

Senyuman membantu meredakan tekanan dihati kita dan orang lain.

Menurut imam Tarmizi, Abdullah ibn harith meriwayatkan, “Tidak ada manusia yang lebih banyak tersenyum melainkan Rasulullah s.a.w”

Daripada Syarhus Sunnah, sahabat Abdullah ibn Omar r.a. pernah disoal, “Adakah sahabat-sahabat Nabi r.a. tertawa?” Beliau menjawab, “Ya, walaupun iman dihati mereka lebih besar daripada gunung”.

Bilal bin Saad pula meriwayatkan “Aku pernah melihat sahabat-sahabat Nabi r.a. berlari-lari di kawasan memanah sambil tertawa sesama mereka. Apabila tiba waktu malam, mereka menjadi seperti rahib”.

Pada ketika tertentu, nabi Muhammad s.a.w berjenaka dengan sahabat-sahabat baginda tanpa melampaui batas. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi, Rasulullah pernah berkata “Aku berjenaka dengan kamu tetapi aku tidak mengatakan melainkan yang benar”
Para sarjana barat, Dr Lee Berk dan Dr Stanley Tam dari Univeriti Loma Linda di Carlifonia dan pengkaji-pengkaji dari Universiti Stamford, Sekolah Perubatan Harvard, Universiti Ohio State dan Universiti Duke mendapati jenaka dan tertawa mampu meredakan kemarahan dan kerisauan. Ia juga mampu mengurangkan kesunggulan atau depression, justeru bagi mereka yang sedang mengambil rawatan kesunggulan atau depression, dos rawatan boleh dikurangkan.

Jenaka dan tertawa meningkatkan kadar sel-sel T di dalam badan. Sel-sel T berfungsi meningkatkan daya ketahanan sekali gus mengawal pembiakan kuman di dalam badan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024