Artikel
Undang-undang Fitnah Secara Ringkas.
oleh Helmi pada 16 Jun 2004
Dipetik daripada kertas kerja berjudul Undang-undang Fitnah oleh Puan Norhafsah Hamid, Peguam bela & Peguam cara, Tetuan Adam & Co. yang dibentangkan di Seminar Penerbitan Kebangsaan anjuran DBP pada 29 Mac 2003.
Maksud FitnahMerendahkan diri seseorang di mata segolongan masyarakat atau
masyarakat umum.
Menyebabkan seseorang tersebut dicemuh, dihina, dibenci atau dikeji.
Merosakkan reputasi diri seseorang dalam mana-mana jawatan, profesion
atau perniagaan
- Merosakkan kredibiliti seseorang
Slander fitnah dalam bentuk pertuturan atau penyiaran melalui medium komunikasi pendengaran atau penglihatan
Libel fitnah dalam bentuk bahan bercetak seperti akhbar, majalah, buku, gambar, imej, visual
Bentuk Tindakan Fitnah1. Fitnah Jenayah
Tindakan di bawah Kanun Jenayah (Penal Code) Seksyen 499-502
Secara amnya, melibatkan fitnah terhadap pegawai kerajaan dalam kapasiti rasminya atau seseorang yang mungkin boleh menjejaskan
ketenteraman awam.- Jika sabit kesalahan, penjara sehingga 2 tahun dan/atau denda
Tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 (Sedition Act 1948)
Hasutan dalam bentuk penerbitan yang menyebabkan kebencian atau mewujudkan kekacauan terhadap pemerintah atau kerajaan
Menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan kerajaan
Menimbulkan perasaan benci di kalangan kaum di Malaysia
Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM 5,000.00 dan atau penjara sehingga 3 tahun bagi kesalahan pertama dan untuk kesalahan seterusnya , penjara tidak melebihi 5 tahun.
- Tindakan hanya boleh dimulakan oleh kerajaan melalui Peguam Negara dan tidak melalui individu
2. Fitnah Sivil
Tindakan di bawah Akta Fitnah 1957 (Defamation Act)
Tindakan dimulakan atas kapasiti persendirian.
- Plaintif dalam kes memohon penghakiman dan ganti rugi
Pihak yang Terlibat
Plaintif mempunyai hak untuk menentukan defendan dalam kesnya.
Selalunya, dalam kes libel, pihak yang terlibat ialah penulis, editor, penerbit, pencetak, dan kadangkala penjual bahan bercetak tersebut.
- Dalam kes yang melibatkan teknologi maklumat (IT) seperti e-mel, sistem pesanan ringkas (SMS) dan lain-lain, orang yang bertanggungjawab ialah penulis, penyebar dan pembekal maklumat tersebut.
Bentuk Ganti Rugi dan Penghakiman
Ganti Rugi Khas - perkara ini perlu dibuktikan secara khusus oleh plaintif bahawa kerugian tersebut ditanggung. Butir-butir ganti rugi
mesti diberikan.
Ganti Rugi Am Mahkamah selalunya memutuskan perkara ini berdasarkan fakta kes.
Ganti Rugi Teladan (Exemplary Damages) harus dituntut secara khusus dan mahkamah hanya membenarkannya sekiranya mahu menghukum defendan.
Ganti Rugi Teruk (Aggravated Damages) hanya dibenarkan jika kes fitnah tersebut amat serius.
- Sekatan/halangan (Injunction) ini bertujuan menghalang penerbitan atau pencetakan diteruskan pada masa akan datang.
Memohon Maaf Secara Terbuka selalunya dalam kes libel, plaintif menuntut agar defendan memohon maaf dengan cara pengiklanan.
Justifaksi (justification) bukannya satu pembelaan yang mudah kerana defendan harus membuktikan erti perkataan yang didakwa berunsur fitnah tersebut mempunyai lebih daripada satu maksud.
Perlindungan (Absolute Privilege) perkara ini merangkumi prosiding mahkamah, prosiding parlimen dan semua komunikasi rasmi.
Perlindungan Bersyarat perkara ini terpakai dalam kes penulis tersebut menyuarakan pendapatnya tanpa niat jahat.
Komen berpatutan (Fair Comment) penulisan yang mengandungi fakta dan juga komen yang berpatutan.
Fitnah yang tidak sengaja penulis atau penerbit tidak berniat untuk menerbitkan perkataan fitnah tersebut atau tiada mempunyai pengetahuan hal keadaan tersebut merupakan atau boleh difahamkan sebagai fitnah.
Permintaan maaf dan pembayaran ke dalam mahkamah perkara ini hanyalah bertujuan mengurangkan ganti rugi.
Masa yang terbatas (Limitation Act) tindakan harus dimulakan oleh plaintif dalam masa 6 tahun dari tarikh penerbitan atau penulisan atau pertuturan
Kebenaran daripada plaintif plaintif sendiri telah membenarkan penulisan tersebut. Misalnya, temu bual, komen.
Penyebaran secara tidak sengaja (innocent dissemination) pembelaan ini adalah untuk perpustakaan, penjualan surat khabar atau majalah, kedai buku dan lain-lain.
- Penerbitan secara tidak sengaja (innocent publication) sama seperti fitnah yang tidak disengajakan.