Artikel

Jesus, Nabi Isa & Merry Christmas (Bhg 1)

oleh Asri Yussof pada 23 Dec 2016

Begitulah setiap tahun, kita masih terpinga-pinga dengan perdebatan yang sama. Menjelang 25 Disember 2016 umat Islam masih membicarakan dan mempertanyakan semula apa hukum ucap ‘Merry Christmas’ kepada teman-teman agama Kristian yang meraikannya.

3 hari lalu, tersebarnya fatwa yang dikeluarkan oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan umat Islam mengucapkan Merry Christmas.

Tidak salah untuk orang Islam memberi ucapan Selamat Hari Krismas atau “Merry Christmas” kepada orang Kristian atas dasar memupuk persaudaraan dan muhibah.

dr. zulkifli

Setelah kami amati dan tekuni isu ini dengan berhemah, di samping membincangkan dengan pakar serta kembali kepada rujukan yang muktabar, maka kami berpendapat hukum mengucapkan Merry Christmas adalah harus.

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga adalah penulis buku, Safinatun Najah: Fikah Mazhab Syafie, Hebatnya Kuasa Hafazan, Demi Masa dan Kuasa Iqra bersama PTS.

Apa lagi yang belum kita ketahui mengenai Agama Kristian?

Perkataan Kristian bermaksud ‘orang yang dimandi’ iaitu orang yang disapu dengan minyak suci atau dibaptis dengan air suci. Apabila seseorang itu dibaptis, maka diakui sah sebagai pengikut Christ.

baptis

Di dalam Al-Quran, agama Kristian disebut dengan nama ‘Nasrani’, diambil dari sebuah perkampungan di Jerusalem (Palestin). Tempat Nabi Isa as dibesarkkan. Kawasan itu bernama Nazareth.

Di dalam Al-Quran, Jesus disebut dengan nama Isa. Nabi Isa dilahirkan di Palestin yang dikuasai oleh Kerajaan Rom pada ketika itu. Beliau berketurunan Yahudi yang dilahirkan oleh Maryam (juga berketurunan seorang Yahudi).

jesus

Sejarah dalam agama Kristian mencatatkan Jesus dilahirkan pada 25 Disember. Inilah asal usul perayaan Hari Krismas, iaitu untuk meraikan kelahiran Jesus.

Seperti mana umat Islam menyambut kelahiran Nabi Muhammad saw (Maulidur Rasul) setiap tahun pada 12 Rabiul awal (mengikut kalendar Islam).

Saudara Iqram Mohamad Noor memberikan persepsi yang berbeza mengenai tarikh kelahiran Jesus dalam bukunya, Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha Berasal Daripada Islam?

book

Pendapat yang kukuh mengenai tarikh kelahiran Jesus adalah antara tahun 8 hingga 4 SM.

Tulis beliau lagi, menjadi perselisihan pendapat dari kalangan para ilmuan Kristian kerana pada akhir Disember adalah musim sejuk, tetapi dalam Injil Lukas bab 2 ayat 8 menceritakan pada hari kelahiran Jesus, terdapat penggembala kambing yang menggembala ternakannya pada waktu malam.

Di Palestin juga cuaca dingin dan salji turun pada bulam Dismeber. Tidak mungkin ada penggembala yang keluar pada waktu malam sekiranya pada musim salji. Ini menunjukkan,

Jesus tidak dilahirkan pada akhir bulan Disember.

Tulis Iqram lagi, perbincangan ini tidaklah begitu penting dalam kehidupan penganut agama Kristian, kerana kebanyakan dari mereka sudah maklum dengan pentarikhan tersebut.

Perayaan Krismas itu sudah dipandang sebagai perayaan tahunan untuk bertukar-tukar hadiah dan mengeratkan kembali perhubungan kekeluargaan, sanak saudara dan teman-teman.

merry chirstmas

Ada sesuatu yang menarik perhatian kita, dalam Markus, 12:29;

Jawab Yesus, “Hukum yang utama adalah, dengarlah wahai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu Esa.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024