Artikel

Jualan Buku PTS Meningkat

oleh Roziyah pada 24 Jun 2010

Jualan buku-buku PTS mula meningkat kesan positif hasil daripada tersiarnya iklan kempen Baca@Ramadan dan Carta buku dalam akhbar Harakah yang dapat menarik minat orang ramai untuk membuat pesanan.

“Faktor yang mendorang kenaikan itu kerana akhbar Harakah dibaca oleh pekedai-pekedai buku agama indie. Jadi, apabila mereka terbaca iklan PTS itu mereka pun terus membuat pesanan,” kata Roslan Isa, Eksekutif Hubungan Media.

Beliau berkata peningkatan ini dapat dilihat apabila kempen Baca@Ramadan dilancarkan bermula Jun lalu.

Menurut beliau, iklan yang akan diulang adalah promosi buku-buku Baca@Ramadan dan Carta Buku bagi pilihan pekedai buku bagi memudahkan mereka memilih buku yang terbaik untuk pembeli.

Pekedai buku dan pembaca PTS yang ingin mengetahui maklumat terkini buku-buku PTS boleh mendapatkan akhbar Harakah bagi setiap edisi Jumaat.

Sempurnakan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi dengan membaca buku-buku terbitan PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024