Artikel

Royalti PTS Bantu Bapa Bayar Hutang

oleh Roziyah pada 25 Jun 2010

Salah seorang penulis PTS melahirkan rasa terharunya apabila telah dapat membantu bapanya hasil wang royalti yang diterimanya.

“Saya amat terharu bercampur gembira kerana telah menerima sekeping cek bernilai RM5019.95 pagi ini. Ini cek pertama dari PTS Islamika yang saya kira amat berharga buat saya tahun ini,” kata Penulis PTS, Nurasyikin Ahmad yang menghantar testimoni kepada Universiti Terbuka PTS.

Beliau yang telah menghasilkan beberapa buah buku dengan PTS antaranya Kisah Nabi : Nabi Isa Diangkat Ke Langit, 31 Kisah Srikandi : Bidadari Syurga, 31 Kisah Srikandi : Puteri Penawar Hati, 50 Tokoh Islam Yang Mengubah Dunia, 31 Kisah Sahabat : Sayap Dari Syurga.

“Saya ingin mengucapkan jutaan malah ucapan terima kasih ini tidak terhingga kepada Puan Ainon kerana telah melatih saya berkarya dengan PTS. Besar sungguh jasa Puan Ainon sehingga saya sendiri tidak dapat membalasnya.

“Dengan titik peluh saya ini dapat saya bantu bapa di kampung dan membayar balik pinjaman pelajaran yang masih tertangguh. Saya berazam akan terus menulis dengan PTS kerana PTS merupakan sebuah syarikat yang telus dan jujur,” jelas beliau.

Beliau dalam kenyataannya berharap agar Syarikat PTS dan Puan Ainon terus maju dan terus melatih insan sepertinya bagi merealisasikan impian ‘memandaikan anak bangsa’.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024