Artikel

Jualan Buku Pustaka Munirah Meningkat Sepanjang Bulan Ramadan

oleh Roziyah pada 20 Sep 2010

Jualan buku-buku di kedai buku Pustaka Munirah meningkat sebanyak 20 peratus hasil promosi Baca@Ramadan yang lalu.

“Apabila PTS memberikan bahan-bahan promosi sekaligus meningkatkan jualan di kedai buku saya kerana apabila pengunjung nampak bahan promosi menarik mereka masuk ke dalam kedai. Bahan promosi juga membantu jualan bagi buku-buku terbitan syarikat lain,” jelas Pengurus Pustaka Munirah, Tuan Saifuddin Awang.

Beliau menjelaskan yang buku-buku keluaran PTS mencatatkan jualan paling tinggi berbanding buku-buku lain dan meningkatkan jualan buku kedai Pustaka Munirah.

“Buku-buku remaja juga mencatatkan peningkatan jualan kerana ramai anak-anak yang masuk ke kedai dan mencari buku-buku kanak-kanak dan remaja keluaran PTS,” jelas beliau lagi.

Beliau juga menjangkakan promosi cuti sekolah PTS bakal mendapat sambutan hangat daripada remaja kerana buku-buku kanak-kanak dan remaja keluaran PTS mendapat tempat di hati pembaca cilik ini.

Beliau juga berbesar hati sekiranya PTS membekalkan bahan-bahan promosi kerana melalui bahan promosi yang disediakan oleh pihak PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024