Artikel
Jualan Hujung Minggu@PTS Datang Lagi
oleh Roziyah pada 22 Sep 2010
Jualan hujung minggu datang lagi menemui peminat-peminat buku.
PTS, penerbit buku umum pelbagai kategori dalam bahasa Melayu nombor satu di Malaysia akan mengadakan program jualan Hujung Minggu @PTS.
Jualan yang diadakan pada 25 September dan 2 Oktober 2010 ini bakal memberi peluang kepada pengunjung membeli buku-buku keluaran PTS dengan harga yang lebih murah.
Program hujung minggu yang berlangsung dua minggu berturut-turut ini berlangsung dari jam 10 pagi hingga 6 petang bertempat di PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd, No 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, Batu Caves, Selangor.
Klik di sini bagi melihat lokasi PTS http://pts.com.my/index.php/contact/. Pelbagai pengisian dalam program tersebut antaranya pameran dan jualan buku. Diskaun dari 25% untuk semua buku dan diskaun 50% untuk buku terpilih.
Sehubungan dengan itu, PTS menjemput tuan dan puan menghabiskan masa hujung minggu pada 25 September dan 2 Oktober 2010 ini di premis utama PTS.
Rebutlah peluang membeli buku-buku terbitan PTS pada kadar diskaun istimewa.
Sebarkan e-mel maklumat ini kepada peminat-peminat buku PTS yang lain supaya mereka juga tidak terlepas peluang berhujung minggu di PTS.
Jumpa tuan dan puan di Program Hujung Minggu @PTS yang bakal memeriahkan hujung minggu Tuan dan Puan.