Artikel
Sayembara Menulis Novel Humor PTS Menghampiri Kemuncaknya
oleh Roziyah pada 23 Sep 2010
Sayembara menulis novel humor yang dianjurkan oleh PTS Fortuna Sdn.Bhd kini menghampiri ke kemuncaknya.
Penyertaan yang berakhir pada 30 September 2010 ini menjadi landasan emas kepada penulis-penulis baru dan lama bagi menonjolkan diri dalam bidang penulisan novel humor.
Tuan dan puan yang ingin menyertai pertandingan ini masih berpeluang menghantar karya ke PTS Fortuna sebelum 30 September 2010 ini.
Pemenang tempat pertama sayembara menulis novel humor ini bakal membawa pulang hadiah bernilai RM5000. Pemenang hadiah tempat kedua pula bakal membawa pulang RM2,500 dan tempat ketiga RM1,500.
Lebih menarik lagi, manuskrip yang memenagi sayembara ini akan diterbitkan oleh PTS Fortuna. Namun, bagi karya yang tidak memenangi karya ini juga layak dipertimbangkan bagi diterbitkan sekiranya bersesuaian dengan tema yang ditetapkan oleh PTS Fortuna Sdn. Bhd.
Hantarkan karya novel humor tuan dan puan ke meja urus setia, Sayembara Menulis Novel Humor PTS, PTS Fortuna Sdn. Bhd, 12 & 12A, Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Tuan dan puan juga boleh terus hantarkan e-mail ke [email protected] atau [email protected].
klik di sini bagi mendapat maklumat lanjut mengenai peraduan ini.