Artikel

Jualan Hujung Minggu@PTS Datang Lagi

oleh Roziyah pada 28 Jul 2010

Jualan hujung minggu datang lagi menemui peminat-peminat buku. PTS, penerbit buku umum pelbagai kategori dalam bahasa Melayu nombor 1 di Malaysia akan mengadakan program Hujung Minggu @PTS.

Jualan yang diadakan pada 31 Julai dan 1 Ogos ini bakal memberi peluang kepada pengunjung membeli buku-buku keluaran PTS dengan harga yang lebih murah.

Program hujung minggu ini berlangsung dari jam 10 pagi hingga 6 petang bertempat di PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd, No 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, Batu Caves, Selangor.

Klik di sini bagi melihat lokasi PTS http://pts.com.my/index.php/contact/
Pelbagai pengisian dalam program tersebut antaranya pameran dan jualan buku. Diskaun dari 25% untuk semua buku dan diskaun 50% untuk buku terpilih.

Sehubungan dengan itu, PTS menjemput tuan dan puan menghabiskan masa hujung minggu pada 31 Julai dan 1 ogos ini di premis PTS.

Rebutlah peluang membeli buku-buku terbitan PTS pada kadar diskaun istimewa.

Tuan dan puan juga boleh sebarkan e-mel maklumat ini kepada peminat-peminat buku PTS yang lain supaya mereka juga tidak terlepas peluang berhujung minggu di PTS.

Jumpa tuan dan puan di Program Hujung Minggu @PTS yang bakal memeriahkan hujung minggu Tuan dan Puan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024