Artikel

Kasih Ibu Sampai Ke Syurga Kasih Ayah Sepanjang Masa: Ayahku

oleh Asri Yussof pada 09 Dec 2015

Ayahku adalah karya HAMKA yang ditulis sebagai tribute buat ayahnya, Dr. Hj. Abdul Karim Amrullah atau dikenali juga dengan singkatan HAK.

Buku ini adalah biografi ayahnya dari sisi pandangan seorang anak. Dalam membaca biografi yang ditulis oleh ahli keluarga sendiri (dalam hal ini,HAMKA menulis tentang ayahnya) kita sering membandingkan sesuatu dengan sesuatu agar yang dibaca itu tidak dibuat-buat atau terlalu melambung tinggi sehingga tak tercapai akal membacanya.

Dalam hal itu, HAMKA sangat menitipkan dengan hati-hati dan berjaga-jaga dalam menuliskan tentang ayahnya.

Katanya dalam pendahuluan yang ditulisan dalam edisi pertama, 1950, “Tentu sahaja sebagai seorang anak yang tua dan dapat melihat beliau dari dekat, saya lebih banyak mengetahui akan cita-citanya, lingkungannya, kesukaannya, kesenangannya dan perangai-perangainya sebagai manusia. Cuma saya harus menjaga satu perkara yang amat penting iaitu kecintaan anak kepada ayah, sekali-kali jangan hendaknya saya lupa akan keadilannya, sehingga saya menulis tentang kebaikannya dengan berlebih-lebih.”

Sering kita dengar ungkapan ini, “Di sebalik kejayaan seorang lelaki, di belakangnya mempunyai seorang perempuan.”

Namun HAMKA, selain dari kekuatan isterinya yang menjadi pendamping dan peneman hidupnya, ayahnya adalah sosok yang banyak diambil HAMKA akan pengajaran, ilmu dan pengetahuan darinya.

Ayahnya banyak membentuk keperibadian dirinya.

Untuk mencari siapa di sebalik HAMKA yang kita dengar, kita semua perlu untuk membaca biografi Ayahku yang dititipkan HAMKA ini sebagai pedoman dan ikutan yang boleh dicontohi.

Walaupun tulisan ini dikategorikan sebagai novel (fiksyen), sebenarnya, saya lebih suka untuk memanggilnya sebagai buku biografi (non-fiksyen) tentang sejarah hidup ayahnya HAMKA, Hj. Abdul Karim Amrullah, fokus kepada perjuangan dan pengorbanannya menegakkan syiar Islam di Sumatera.

Buku ini adalah tulisan HAMKA yang dikemaskini dalam edisi ketiga yang diterbitkan pada 1963. Sebelumnya dengan edisi pertama (1950) dan edisi kedua (1963).

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024