Artikel

Sajian Untuk Seisi Keluarga :Resipi Roti

oleh Chayu Afifi Noordin pada 11 Dec 2015

Roti sandwich yang merupakan salah satu menu popular daripada barat kini dijadikan pilihan masakan untuk pelbagai acara.

Pada kali ini, PTS tampil dengan buku masakan terbaru berjudul 30 Resipi Roti yang sesuai untuk masakan harian bermula daripada  sarapan pagi, makan tengah hari, hingga makan malam yang ringan.

Atau untuk sajian majlis keramaian, berkelah dan dibawa sebagai bekal. Selain daripada mudah dimasak , masakan ini juga bernutrisi.

Variasi resipi roti ini diolah menjadi hidangan menarik untuk seisi  keluarga dan rakan-rakan. Menggunakan  bahan asas iaitu roti sandwich, buku ini memberikan idea bagi menghasilkan pelbagai hidangan.

Roti sandwich digunakan  sebagai menu utama adalah  satu keunikan, ilham daripada penulis baru dalam bidang resipi PTS Millennia  iaitu Zura Miranda.

Reka letak buku resipi ini bersifat kontemporari, serta terdapat tips dan cadangan bagi memudahkan pembaca untuk mengubah resipi mengikut keselesaan tanpa mengubah rasa masakan keseluruhannya.

Selain itu, bagi memudahkan pembaca, langkah-langkah penyediaan bahan masakan disediakan dalam bentuk gambar bagi menunjukkan kaedah memasak yang betul.

Antara resipi menarik yang terdapat dalam buku ini adalah puding roti, karipap roti, roti gulung seaweed dan bebola roti goreng. Resipi yang disediakan tidak rumit.

Mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia kulinari boleh dapatkan buku ini sebagai panduan masakan, hasilnya pasti mengujakan.

Jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan buku ini.Walaupun bahan asas yang digunakan adalah roti sandwich, akan tetapi terdapat juga resipi yang diolah menjadi masakan tempatan.

Selamat Mencuba!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024