Artikel

Kaunter Bayaran Ekspres di Booth PTS

oleh Helmi pada 25 Feb 2010

Tahun lepas, PTS menerima banyak rungutan daripada pengunjung booth PTS di mana kaunter bayaran begitu sesak terutamanya pada hujung minggu. Ramai yang terpaksa beratur panjang walaupun hanya hendak membayar satu naskhah buku sahaja.

Sehubungan dengan itu, tahun ini PTS mengambil inisiatif membuka kaunter ekspres bagi pengunjung yang membeli 5 naskhah buku ke bawah. Kaunter ekspres ini hanya untuk bayaran tunai sahaja. Selain itu, PTS akan membuka 4 kaunter bayaran biasa dan 2 terminal kad kredit/debit (VISA dan Mastercard sahaja). Jadi tahun ini, pengunjung booth PTS tidak perlu risau masalah beratur panjang semasa membuat bayaran.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025