Artikel

Kupon Diskaun 25% untuk Fan Facebook PTS

oleh Helmi pada 25 Feb 2010

Bagi fan Facebook PTS, kami ada berita gembira buat semua. Pihak pengurusan PTS bersetuju memberi kupon diskaun bernilai 25 peratus. Kupon ini boleh dimuat turun melalui laman mikro pesta buku PTS. Kami juga akan maklumkan maklumat lanjut melalui Facebook PTS.

Kupon ini hanya sah digunakan sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di booth PTS iaitu C11-C25, Dewan Tun Razak 2 (TR2), dewan seberang sungai PWTC. Kupon diskaun istimewa ini diberikan sebagai tanda terima kasih atas sokongan anda semua melalui Facebook PTS.

Bagi anda yang masih belum menjadi fan facebook PTS, anda boleh sertai kami di www.facebook.com/bukupts. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025