Artikel

Kedai Buku Popular Terima Anugerah Emas PTS

oleh Roziyah pada 05 May 2011

Bersempena dengan kejayaan jualan buku 1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza, PTS menganjurkan majlis Makan Malam Anugerah Emas khas buat penulis dan kedai buku popular yang berjaya mencatat jualan tertinggi bagi jualan buku Chef Hanieliza.

Sebagai maklumat, buku 1 Hari 1 Resipi Istimewa Chef Hanieliza ini berjaya mencatat jualan sebanyak 35 ribu naskah di kedai buku Popular seluruh Malaysia. Buku yang mendapat hak edaran ekslusif di popular ini berjaya menambat hati peminat buku masakan di Malaysia dengan jumlah jualan yang tinggi.

Majlis Anugerah Emas ini dilaksanakan bagi menghargai cawangan-cawangan popular yang berjaya mencapai jualan tertinggi buku terbabit.

Cawangan kedai buku popular yang berjaya mencatat jualan tertinggi bagi buku 1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza ini adalah Popular cawangan Kuantan Megamall (KMM), Popular cawangan Selangor Jusco Cheras (SJC) dan Popular cawangan Ipoh Kinta City (IKC).

Turut hadir dalam majlis tersebut termasuklah Pengarah Urusan PTS, Tuan Arief Hakim Sani Rahmat, Pengurus Perdagangan Bahagian Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Kedai Buku Popular, Tuan Chew Cheong Tat, serta penulis buku 1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa, Chef Hanieliza.

Tuan Chew Cheong Tat dalam majlis tersebut melahirkan rasa gembiranya dengan Anugerah Emas tersebut dan menyatakan rasa terima kasihnya atas kerjasama dan hubungan baik yang diberikan oleh pengurusan PTS.

Bagi Tuan Arief Hakim Sani Rahmat pula, kejayaan jualan buku 1 Hari 1 Resipi ini adalah hasil titik peluh dan usaha semua pihak termasuklah penulis yang menghasilkan karya yang baik serta kedai buku popular sendiri yang tidak putus-putus berusaha menjalankan promosi sehingga mampu mendapat jualan yang tinggi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024