Artikel

Kempen Baca@Ramadan PTS Bermula

oleh Roziyah pada 05 May 2011

PTS kini sudah memulakan langkah awalnya dalam mempromosikan kempen Ramadan kepada pekedai dan pembaca di Malaysia.

Menurut Pengurus Pemasaran PTS, Puan Norhazizam Abd Rahman, PTS melangkah lebih awal bagi memberi maklumat awal kepada pekedai dan peminat perihal buku-buku promosi Ramadan daripada PTS.

“PTS melalui anak-anak syarikatnya juga turut menyediakan lebih 40 judul buku baru bagi promosi kali ini,” ujar Puan Norhazizam.

Bermula jumaat ini, PTS turut menyiarkan iklan promosi buku Ramadan di Harakah bagi memberi maklumat kepada pekedai dan pembaca perihal buku PTS yang diterbitkan Ramadan ini.

Bermula Jun ini, PTS juga akan menjalankan promosi Baca@Ramadan secara besar-besaran di radio terkemuka.

“Menariknya, PTS menampilkan icon terkenal dan terkemuka bagi mempromosikan iklan Baca@Ramadan PTS ini,” jelas beliau lanjut.

PTS mengharapkan kempen Ramadan yang akan dijalankan oleh PTS ini mendapat sambutan yang menggalakan daripada peminat dan pekedai buku tempatan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024