Artikel

Kedai Buku Pustaka Munirah Jayakan Promosi Baca@Ramadan Besar-Besaran

oleh Roziyah pada 11 Aug 2010

Pustaka Munirah, yang menjadi antara penyokong kuat promosi Baca@Ramadan melaksanakan promosi besar-besaran bagi memeriahkan kedainya sempena Ramadan ini.

Pengusaha Pustaka Munirah, Tuan Haji Saifuddin Awang benar-benar menghormati dan menyokong penuh usaha yang dilaksanakan oleh PTS.

“Saya suka bekerjasama dengan PTS kerana buku-buku keluaran PTS yang menarik selain mudah berurusan dengan PTS,“kata Tuan Haji Saifuddin.

Beliau juga turut menyahut kempen Baca@Ramadan dengan mengadakan kempen Ramadan@Pustaka Munirah bagi menunjukkan kerjasama dan sokongan penuh kedai beliau terhadap promosi Baca@Ramadan ini.

Pustaka Munirah yang letaknya di Kemaman, Terengganu ini mengubah dekorasi kedai dua tingkatnya selaras dengan promosi Baca@Ramadan PTS.

“Kita letakkan buku-buku keluaran PTS di pintu masuk kedai agar pelanggan dapat melihat buku-buku keluaran PTS,” jelas beliau lagi.

Menurut beliau, hasil promosi Baca@Ramadan PTS memberi impak yang besar dalam jualan di kedai buku Pustaka Munirah.

“Promosi Baca@Ramadan ini menjadi landasan yang baik bagi kedai-kedai mempromosikan buku yang ada,“jelas beliau.

Tuan Haji Saifuddin berharap usaha ini akan diteruskan dan bukan hanya pada bulan Ramadan sahaja.

“Mungkin PTS boleh jalankan promosi seperti ini pada musim cuti sekolah bagi memupuk semangat membaca di kalangan pelajar,” ujar beliau.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024