Artikel

Peraduan Ulasan Buku Baca@Ramadan PTS

oleh Roziyah pada 12 Aug 2010

Bagi menghargai peminat-peminat buku keluaran PTS, pihak PTS berbesar hati melanjutkan tempoh peraduan mengulas buku PTS.

Peraduan kali ini lebih menarik apabila pembaca perlu mengulas kategori buku yang telah ditetapkan oleh pihak PTS.

Pembaca harus mengulas buku-buku yang tersenarai dalam promosi Baca @Ramadan.

Tuan dan puan boleh terus kongsikan pendapat, komen dan maklum balas terhadap buku PTS yang sudah di baca melalui peraduan ini.

Pemenang peraduan ini juga berpeluang merakamkan ulasan mereka di studio PTS dan disiarkan di PTS.FM.

Tuan dan puan boleh menyertai peraduan ini hanya dengan melawati PTS di www.pts.com.my. Kemudian anda boleh memberi ulasan buku yang telah dipilih PTS.

 

Tempoh Peraduan

Peraduan berlangsung selama 3 minggu bermula dari 15 Ogos hingga 4 September 2010.

Tarikh ulasan mengikut minggu seperti berikut:

 

Pembaca harus mengulas buku-buku yang tersenarai dalam promosi Baca @Ramadan. Kategori buku-buku yang terlibat dengan promosi ini adalah:

 

Koleksi buku kanak-kanak Baca @Ramadan PTS

 

Koleksi Buku Agama Baca @Ramadan PTS

 

Koleksi Buku Resipi Baca @Ramadan PTS

 

Hadiah
Hadiah dibahagikan kepada 2 kategori:

1. Hadiah Mingguan

Setiap minggu, PTS akan memilih 3 pemenang bagi setiap kategori ulasan buku. Hadiah mingguan adalah seperti di bawah:
Tempat pertama - hadiah buku PTS bernilai RM50Tempat kedua - hadiah buku PTS bernilai RM40Tempat ketiga - hadiah buku PTS bernilai RM30

2. Hadiah Utama
Sebaik berakhirnya peraduan, PTS akan memilih 3 peserta peraduan yang paling banyak menghantar ulasan buku PTS.

3. Hadiah utama seperti berikut:
Tempat pertama - hadiah buku PTS bernilai RM200Tempat kedua - hadiah buku PTS bernilai RM150Tempat ketiga - hadiah buku PTS bernilai RM100

* Pemenang boleh memilih sendiri buku PTS tetapi nilai buku tidak boleh lebih daripada nilai yang ditetapkan.

* Kos penghantaran ditanggung oleh PTS.

* Hadiah minggu akan dihantar sebaik PTS menerima senarai buku yang dikehendaki oleh pemenang setiap minggu.

* Penghantaran dibuat menggunakan pos biasa.

 

Pengumuman Pemenang Hadiah Mingguan

Pemenang mingguan bagi setiap kategori akan diumumkan sebagaimana berikut:

Pemenang Minggu 1: 24 Ogos 2010

Pemenang Minggu 2: 31 Ogos 2010

Pemenang Minggu 3: 7 September 2010

 

Pengumuman Pemenang Hadiah Terkumpul

Pemenang hadiah terkumpul akan diumumkan pada 7 September 2010

 

Cara

1) Peserta perlu melayari Portal PTS di www.pts.com.my

2) Cari buku yang anda hendak buat ulasan dengan menaip judul buku pada ruang carian.

3) Klik pada judul buku yang terpapar pada halaman carian.

4) Klik pada tab ulasan pembaca.

5) Taip nama penuh dan e-mel yang sah.

6) Kemudian tulis ulasan dalam ruang yang disediakan.

7) Kemudian klik hantar. Panel penilai akan menilai ulasan buku yang dihantar mengikut minggu yang ditetapkan.

8) Pemenang mingguan akan diumumkan pada tarikh seperti yang ditetapkan.

9) Pemenang akan dihubungi melalui e-mel yang diisi.

 

Syarat

1) Peraduan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 7 tahun dan ke atas.

2) Ulasan buku hendaklah dibuat menggunakan bahasa Melayu standard sahaja.

3) Setiap ulasan buku hendaklah tidak kurang daripada 100 patah perkataan.

4) Staf PTS termasuk ahli keluarga terdekat (ibubapa, anak-anak dan adik beradik) tidak layak menyertai peraduan ini.

5) Penulis PTS layak menyertai peraduan ini tetapi tidak boleh mengulas buku sendiri terbitan PTS.

6) Setiap peserta hanya layak menang satu sahaja hadiah mingguan yang ditawarkan sepanjang peraduan ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024