Artikel

Kedai Buku Pustaka Rakyat Buka Cawangan Baru di Bandar Puteri, Bangi

oleh Abdullah pada 19 Dec 2017

BANGI: Kedai buku dan alat tulis Pustaka Rakyat telah membuka cawangan barunya di Bandar Puteri, Bangi, semalam. Acara potong riben dan perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Toh Yan Peng, Managing Director Faber Castell Malaysia, Asia Pacific.

Bagi peminat dan pembaca buku di sekitar kawasan Bandar Puteri Bangi, ini adalah peluang keemasan. Membeli dan membaca buku kini lebih dekat untuk keselesaan anda.

buku pts

Pelbagai jenis buku dan alat tulis disediakan di cawangan baru ini. Anda boleh mendapatkan buku-buku PTS Media Group dan juga dari rakan-rakan penerbit yang lain di sini.

Dari buku kanak-kanak, motivasi, agama, bacaan umum, bisnes dan pengurusan serta komik ada di cawangan baru ini. Apa yang perlu ada buat hanyalah untuk pilih dan baca.

buku pts

Selain Pustaka Rakyat cawangan Bandar Puteri Bangi, terdapat dua buah kedai buku lain yang baru sahaja memulakan operasi mereka pada november dan disember ini. Dua buah kedai ini adalah SMO Bookstore di Kuala Berang dan Gallery Bookstores di Taiping.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024