Artikel

Presiden Wanita Pertama di Turki Menggantikan Erdogan?

oleh Asri Yussof pada 20 Dec 2017

Meral Aksener, 61, yang pernah menjawat jawatan menteri pada tahun 1996 dan 1997 ketika era Süleyman Demirel menjadi Presiden Turki ke-9. Beliau membuat kenyataan akan melawan Recep Tayyip Erdoğan pada pemilihan Presiden akan datang.

Beliau yang mengasaskan parti politik baru di Turki (Parti Iyi ‘Baik’), kini dilihat sebagai saingan yang agak mencabar untuk Erdogan. Beliau bersumpah untuk memansuhkan kausa veto Presiden yang diperkenalkan Erdogan dan mengembalikan demokrasi berparlimen jika beliau dipilih sebagai Presiden yang seterusnya.

Meral Aksener

Beliau sebelum ini bersama-sama di dalam Parti Gerakan Nasionalis (MHP), kemudian keluar untuk menubuhka parti barunya itu pada Oktober lalu. Beliau dilihat oleh ramai penganalisis politik di Turki, bakal menarik undi kelompok konservatif dari Erdogan.

Tarikh pilihan raya dijangka akan berlaku pada 15 Julai 2018. Tarikh yang sama juga merupakan ulang tahun kedua cubaan rampasan kuasa untuk menggulingkan kerajaan Erdogan yang gagal.

Baca juga: 15 Julai Sebagai Hari Demokrasi dan Perpaduan Negara di Turki

Baca juga: Apakah yang Membuatkan Rakyat Turki begitu Sayang kepada Erdogan?

Fethullah Gülen

Erdogan sebelum ini memberitahu Fethullah Gülen sebagai dalang dan lelaki penting di sebalik cubaan rampasan kuasa itu. Beratus penjawat awam, kakitangan kerajaan, pusat kehakiman yang mempunyai hubung kait dengan Gulen ditangkap, dibicarakan dan dibuang kerja.

Baca juga: Erdogan VS Gulen: Siapa Benar dan Siapa Salah?

Erdogan

Klik di sini untuk mendapatkan buku “Erdogan Bukan Pejuang Islam?”

Pada April lalu, Turki meluluskan percubaan perlembagaan yang disokong oleh Erdogan untuk mewujudkan Presiden Eksekutif dengan mempunyai kuasa veto. Pemerintahan yang terus dari tangan presiden tanpa perlu meminta pandangan di parlimen.

Perkara ini akan berkuat kuasa selepas November 2019. Turki dijangka akan mengadakan pemilihan parlimen dan presiden secara serentak untuk pertama kalinya.

“Janji kami untuk mengembalikan sistem berparlimen di Turki.. Presiden Eksekutif adalah sesuatu yang aneh.” kata Aksener.

Meral Akşener

Sekiranya Aksener menang, beliau akan menjadi presiden wanita Turki pertama. Turki pernah mempunyai seorang perdana menteri wanita dalam sejarah 94 tahun: Tansu Ciller, yang berkhidmat antara tahun 1993 dan 1996.

Sumber: FMT, Times

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024