Artikel
Kedai Pink Ain Maisarah Meriahkan Negeri Sembilan
oleh Roziyah pada 20 Jul 2011
Peminat-peminat Ain Maisarah berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan penulis kesayangan ramai itu di Pesta Buku Negeri Sembilan 2011.
Lebih menarik, Ain Maisarah membawakan Kedai Pink Ain Maisarah yang penuh warna-warni dan ceria khas buat peminat-peminat Ain Maisarah.
Hari pertama Pesta Buku Negeri Sembilan semalam meriah apabila peminat-peminat Ain Maisarah sekitar Negeri Sembilan menyerbu Gerai Pink Ain Maisarah bagi bertemu dengan penulis buku remaja kegemaran mereka.
Temui Ain Maisarah di Gerai Pink Ain Maisarah bertempat di Jusco Seremban 2 bermula pada 19 Julai hingga 24 Julai ini.
Sebagai maklumat, Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Sembilan dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan menganjurkan Pesta Buku Negeri Sembilan bermula pada 19 hingga 24 Julai ini.
Pesta Buku yang diadakan di Pusat Beli Belah AEON Seremban 2 ini membawakan pelbagai buku menarik dari penerbit-penerbit besar di Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik juga disediakan bagi memeriahkan Pesta Buku Negeri Sembilan ini.