Artikel

Kehidupan Pemimpin Nazi Sebelum Beliau Dikenali Dunia: Hitler

oleh Asri Yussof pada 17 Oct 2015

Apabila kita bercakap-cakap dengan orang mengenai Hitler, pasti kebanyakan dari kita akan membincangkan mengenai Hitler pada posisi sebagai pemimpin Nazi, pemerintah Jerman yang terkemuka, seorang yang kejam dan zalim.

Barangkali banyak dari kita tidak pernah membincangkan tentang Hitler sebagai sosok seorang kanak-kanak, remaja dan anak muda. Novel Hitler tulisan tuan Al-Ghaza ini membawa kita untuk mengenal sosok beliau sebelum Hitler mempunyai apa-apa. Pada ketika itu, beliau hanyalah seorang anak muda yang mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang pelukis.

Novel Hitler ini mempunyai 31 bab kesemuanya dengan permulaan bab menceritakan tentang debaran ayah dan ibu Hitler yang menunggu ketibaan lahirnya anak mereka. Keterujaan, cinta dan polemik keluarga sehinggalah tamatnya novel ini pada bab 31 menceritakan mengenai Parti Nazi, bagaimana namanya lahir, logo parti, penggabungan parti dan protokol parti yang digagaskan Hitler. Itulah kisah awal parti Nazi yang melihat sosok Hitler menjadi orang penting didalam parti tersebut.

Novel adalah sesuatu yang unik, ia boleh digubah dalam apa cara sekalipun kerana ia berada didalam kelompok ‘non-fiksyen’. Namun apabila kita berbicara mengenai novel yang memaparkan genre sejarah atau biografi seseorang tokoh, pembaca sudah pasti tidak melihat kepada bahasa yang digunakan oleh penulis sahaja, malah kita akan melihat juga kepada fakta dan biliografi yang digunakan. Sudah tentu tulisan Al-Ghazali ini lengkap dengan fakta. Malah beliau menyenaraikan buku-buku yang menjadi rujukannya dalam menulis buku ini.

Novel ditakrif sebagai cerita dalam bentuk prosa, biasanya panjang dan kompleks, yang berkaitan dengan pengalaman manusia dan kelakuan sosial. Walaupun ada yang tidak gemar membaca sejarah melalui pembacaan dalam bentul novel, kita tidak boleh menolak yang genre ini sememangnnya mempunyai pembaca yang tersendiri. Jangan nanti kita anti kepada genre novel sejarah sehingga kita lupa untuk meraikan orang ramai yang mengambil manfaat besar darinya.

Novel Hitler yang menceritakan bahagian awal kehidupan Hitler ini sememangnnya harus menjadi bahan bacaan tambahan dalam kehidupan kita dan sudah tentunya buat anak muda yang sedang membangun kecitraan dan personaliti. Sudah pasti kita boleh mempelajari sesuatu dari novel ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024