Artikel

Koleksi Kisah Menarik Sejarah Dakwah Islam: Anak Bangsawan yang Zuhud

oleh Siti Zulaikha Zaherman pada 16 Oct 2015

Buku keluaran PTS Junior kali ini bertemakan koleksi pelbagai kisah teladan yang boleh diambil dari zaman sejarah Islam dahulukala. Buku yang mempunyai ilustrasi menarik dan berwarna-warni ini sesuai untuk kanak-kanak dan juga pelbagai peringkat umur yang ingin mengetahui pembelajaran asas sejarah Islam yang boleh dijadikan teladan untuk menjadi anak yang soleh.

Bukan sahaja mengisahkan tentang Anak Bangsawan yang Zuhud tetapi banyak kisah-kisah yang menarik yang boleh dikongsi bersama-sama sahabat sekeliling kita. Selain mendapat pengajaran dan moral yang berguna, pembaca juga secara tidak langsung mendapat ilmu tentang sejarah Islam.

Kisah-kisah menarik di dalam buku ini ringkas, tidak terlalu padat dan mudah difahami. Buku ini juga menceritakan bagaimana kehidupan umat pada zaman kenaikan Islam berdakwah. Ini juga membuktikan bahawa Islam itu mempunyai banyak jalan yang mudah dalam sistem dakwah.

Jadi, pembaca sekalian, apa tunggu lagi? Cepat dapatkan buku keluaran PTS ini sekarang juga. Mari berkongsi ilmu sejarah Islam ini kepada seluruh dunia, semoga kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024