Artikel

Keistimewaan Haiwan : Keajaiban Haiwan yang Mengubah Dunia

oleh Elcy Syafina Syafri pada 19 Aug 2014

Dalam buku Keajaiban Haiwan yang Mengubah Dunia ini, penulis menceritakan bagaimana binatang yang kelihatan liar dan tidak bertamadun, sebenarnya mempunyai dan mengispirasi teknologi luar biasa.

            Setiap haiwan daripada yang sekecil-kecil haiwan hingga sebesar-besar haiwan memiliki kepintaran ikhtiar hidup masing-masing. Kepintaran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. yang Maha Pencipta dan dimiliki oleh sesetengah haiwan ini mampu dimimik oleh manusia yang mempunyai kelebihan akal.

           Cara pemikiran serangga kecil yang ringkas dan optimum dalam mengharungi kehidupan seharian juga dapat diadaptasi ke dalam kehidupan manusia yang kebanyakannya melibatkan proses yang kompleks.

            Dengan harga yang berpatutan dan ilustrasi yang menarik mampu membangkitkan rasa ingin tahu dan sudah pasti membuat pembaca ingin memiliki buku ini. Dapatkan buku ini di pasaran atau dengan layari website www.bookcafe.com.my.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2020