Teladan & Iktibar : Kisah-Kisah Terbaik daripada Al-Quran

oleh Amirah pada 20 Aug 2014

cover_kisah-kisah_terbaik_low-240x345

Umat Islam diharuskan untuk mengetahui dan mempelajari kisah-kisah terbaik daripada Al-Quran terutamanya bagi golongan muda. Buku yang berjudul Kisah-Kisah Terbaik daripada Al-Quran menghimpunkan pelbagai kisah teladan, perjuangan, dan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w serta 25 Rasul Allah s.w.t.

Selain itu, buku ini juga menceritakan kisah-kisah para sahabat yang memberikan banyak manfaat kepada umat hari ini.

Buku yang dipenuhi dengan warna yang menarik ini amat sesuai bagi kanak-kanak sekaligus dapat menarik perhatian mereka untuk membacanya.

Ilustrasi yang terdapat dalam buku ini juga sungguh menarik kerana mempunyai gambar rajah bagi setiap kisah teladan. Di samping itu, ia dicetak 100% halaman berwarna dan mempunyai banyak manfaat yang boleh memberi input yang bermakna untuk si cilik.