Artikel
Kejatuhan Borders Mampu Sebabkan 20,000 Rakyat Hilang Kerja
oleh Roziyah pada 22 Feb 2011
Kejatuhan rangkaian kedai buku Borders berkemungkinan menyebabkan 20,000 pekerjanya hilang mata pencarian. Kejatuhan rangkaian kedai buku kedua terbesar di Amarika Syarikat itu juga dijangka mengakibatkan satu pertiga daripada 674 rankaian kedainya di seluruh Amarika ditutup.
Borders yang bermula pada tahun 2001 menyerahkan operasi digitalnya kepada Amazon apabila media baru muncul sebagai wadah dalam komunikasi. Borders.com hanya diambil semua daripada Amazon pada tahun 2008.
Borders sebelum ini memfailkan Bab 11 perlindungan muflis (Kod Undang-Undang Muflis di Amarika yang membenarkan penyusunan semula hutang) selepas syarikat itu menolak bagi menstrukturkan semula hutangnya yang berjumlah US$500 juta (RM1523.7 juta).
Penganalisis ekonomi berpendapat kejatuhan rangkaian kedai buku itu disebabkan oleh perancangan pemasaran yang tidak tepat khususnya dalam memahami revolusi digital. Syarikat itu dilihat gagal melihat perubahan dalam perubahan minat pembaca yang menyebabkan ia tewas ditangan Amazon dan Apple.
Rangkaian kedai buku yang popular itu mula memperkenalkan perisian buku dalam talian (e-book) pada tahun lalu yang dikenali sebagai Kobo, sedangkan Amazon sudah memperkenalkan Kindle pada 2007 lagi. Borders juga kalah kepada Barnes & Noble yang memiliki Nook sejak 2009.
Kegagalan dalam memahami revolusi digital menyebabkan keuntungan Borders semakin jatuh sejak empat tahun lalu. Jualan suku ketiga pada 2010 hanya mencatat AS$470.9 juta (RM14,350 juta) iaitu 17.6 peratus penurunan bagi tempoh sama tahun 2009, manakala kerugian mencecah AS$74.4 juta (RM228,408 juta) itu adalah dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.
Jualan buku digital Borders meningkat 93.5 peratus pada suku ketiga 2010, manakala jualan anak patung dan mainan bertambah 6.6 peratus, namun syarikat itu hanya memperoleh 8.7 peratus daripada jualan buku pada 2010 iaitu turun 11.4 peratus berbanding 2006.
Kesan kerugian menyebabkan syarikat itu terpaksa menutup 204 kedainya pada akhir 2009. Walaupun Borders cuba mengubah strateginya dengan jualan buku naskah mewah kepada biasa, e-book dan anak patung bagi menghadapi perang digital, ia tidak banyak membantu bagi menyelamatkan Borders.
Borders yang menerajui pasaran buku di Amerika pada 1990, secara perlahan-lahan disisihkan dengan kemunculan Amazon akibat kelewatan memahami pertukaran kecenderungan dan kehendak pengguna di benua itu sehingga akhirnya rebah dalam industri buku negara.
Walaupun Amazon hadir dalam industri lewat 10 tahun daripada Boorders, namun dengan memperkenalkan Kindle semurah US$9.99 (RM30.40) dan dilaporkan hingga Februari tahun lalu, untuk setiap jualan 10 unit buku mereka juga berjaya menjual enam buku versi Kindle.
Menurut Persatuan Penerbit Amerika, jumlah jualan keseluruhan e-book meningkat 366 peratus antara 2007 dan 2009 peningkatan yang bersamaan dengan suku bilion dolar Amerika dan dalam masa sama, jualan buku naskhah mewah jatuh tujuh peratus.
Kemunculan e-book yang mengambil 10 peratus daripada jualan keseluruhan buku di Amerika membawa kepada persaingan antara Apple, Sony dan Amazon.com, namun sehingga kini Kindle pada laris sejak mula diperkenalkan. Selepas bankrapnya Borders, apa yang tertinggal adalah pertanyaan apa akan berlaku seterusnya atau siapa akan ditelan selepas ini?