Artikel

Komik-M dan Buku PTS Teen Kini di Pernama

oleh Roziyah pada 22 Feb 2011

Berita baik kepada peminat buku Komik-M dan buku Teen. Buku PTS kini mendapat tempat di Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) Lumut dan Gemas.

PTS Edar yang diuruskan oleh Tuan Ahmad Ridza Jailani juga kini sedang berusaha bagi menempatkan buku-buku menarik terbitan PTS ke semua cawangan PERNAMA di seluruh Malaysia bagi memudahkan penduduk sekitar PERNAMA mendapatkan buku-buku menarik terbitan PTS.

Peminat-peminat buku PTS dari semua golongan boleh mendapatkan buku-buku menarik terbitan PTS termasuklah Komik-M dan buku Teen khas buat remaja di PERNAMA berhampiran tuan dan puan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025