Artikel

Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah yang Disembunyikan

oleh Huzaifah Abd Jamil pada 29 Jun 2016

Terbaru, kita dikejutkan dengan serangan pengeboman berani mati di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul, Turki yang menyebabkan 36 orang terbunuh, manakala 147 yang lain cedera.

Serangan ini meningkatkan ketegangan di Turki yang sedang berdepan ancaman pemberontak Kurdish dan militan Daish.

Terdapat spekulasi yang menulis blok-blok kuasa besar dunia mempunyai perasaan hasad dengki terhadap Turki dan cuba untuk campur tangan dalam politik Turki.

Jika kita balik ke sejarah, pergolakan di Turki seperti roda, ia berulang-ulang. Sejak penggulingan sultan terakhir empayar Uthmaniyyah, Sultan Abdul Hamid II.

Baginda yang mula ditabalkan sebagai sultan pada 1876, terpaksa meninggalkan takhta atas desakan dan konspirasi yang mahu menjatuhkannya.

Sultan Abdul Hamid II mewarisi sebuah empayar yang sudah lemah. Empayar yang sudah mula diintai oleh kuasa-kuasa besar Eropah untuk diratah-ratah.

Sedaya upaya, baginda berusaha menyelamatkan empayar Uthmaniyyah.

Siapa sangka, ketika negara mereka digelar ‘Orang Sakit Eropah’ ekoran pelbagai isu dan konflik yang berlaku,

Sultan Abdul Hamid II masih gagah memegang tampuk kepimpinan sehingga mencecah 33 tahun lamanya.

Adat orang berpolitik, kawan boleh menjadi lawan. Bermulalah episod pemberontakan dari dalam,

Menteri-menteri yang bermuka dua dan campur tangan kuasa luar dalam pemerintahan.

Sejarah tidak pernah menipu. Tetapi yang menipu itu adalah mereka yang menulis sejarah!

Ya, banyak perkara yang diselindungkan oleh mereka yang menulis sejarah!

“Sudah menjadi kebiasaan manusia mudah terpedaya dengan cerita-cerita tidak benar, sedangkan mereka sendiri tidak mengetahuinya.”

Perasaan tidak puas hati sering membawa kita kepada tindakan yang akhirnya memakan diri kita sendiri.

Akibat daripada komplot antara gerakan Turki Muda dan pemimpin Yahudi ketika itu, Israel kini berjaya menduduki Palestin.

Sultan Abdul Hamid II digelar dengan ‘Red Sultan’. Beliau dituduh sebagai orang yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan dan huru hara di sekitar Istanbul.

“Jika ahli sejarah mengeji aku, suatu hari nanti pasti ada pengkaji luar yang dapat membersihkan nama aku,”

demikianlah ucapan Sultan Abdul Hamid II, dipetik dari novel karya Abdul Latip Talib, Sultan Abdul Hamid II: Sultan Terakhir Empayar Uthmaniyyah.

“Padişahım çok yaşa!”  (Daulat Tuanku)

Adakah Turki hari ini akan berdepan ancaman dari dalam dan luar seperti yang berlaku ketika era Sultan Abdul Hamid II. Bagaimana legasi pemerintahan Recep Tayyip Erdogan, adakah beliau mampu bertahan seperti mana Sultan Abdul Hamid II bertahan?

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024