Artikel

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Zakat Fitrah

oleh Asri Yussof pada 29 Jun 2016

Zakat fitrah adalah zakat yang wajib dibayar oleh setiap Muslim dengan berakhirnya puasa Ramadan. Ianya wajib keatas setiap umat Islam, sama ada kecil ataupun besar, lelaki ataupun wanita.

Allah berfirman,

“Dan dirikanlah oleh kamu akan solat dan tunaikan zakat.”

(Surat At-Baqarah, ayat 110)

Ibnu Umar mengatakan,

“Rasulullah saw mewajibkan zakat fitrah satu gantang daripada kurma ataupun gantang daripada gandum untuk setiap orang yang merdeka mahupun hamba sahaya, lelaki mahupun perempuan daripada kaum Muslimin.”

(Hadis direkod oleh Imam Al-Bukhari)

 

Bila waktu wajib bayar Zakat Fitrah?

  1. Apabila terbenamnya matahari pada malam hari raya. Pandangan ini diambil dari As-Tsauri, Ahmad, Ishak dan Syafi’i

  2. Apabila terbit fajar pada hari raya. Pandangan ini diambil dari Abu Hanifah dan Laits.

 

Bagaimana dengan membayar zakat sebelum waktu wajib?

  1. Jumhur ahli fiqh berpendapat, boleh mendahulukan pembayaran zakat fitrah satu ataupun dua hari sebelum hari raya

  2. Pendapat dari Abu Hanifah, boleh dibayar sehingga sebelum bulan Ramadan.

  3. Pendapat dari Syafi’i, boleh dibayar sehingga awal bulan Ramadan.

 

Sering juga kita terdengarkan soalan mengapa orang miskin diwajibkan juga untuk menbayar zakat dan pada waktu yang sama mereka juga menerima zakat?

Penulis buku, Fahrur Muis menulis, zakat fitrah adalah zakat per-badan. Tidak ada syarat nisab tertentu, kecuali hanya memiliki sekira-kira satu gantang (2.6 kilogram) makanan untuk tanggungan diri dan keluarganya sehari semalam.

Selain itu, zakat fitrah hikmahnya, bagi membersihkan orang yang puasa daripada kekurangan-kekurangan puasanya.

 

Bagaimana pula dengan orang yang mempunyai hutang, yang mana perlu beliau dahulukan. Membayar zakat fitrah atau membayar hutang?

Penulis menjawab, beliau wajib mengeluarkan zakat fitrah, kecuali sekiranya hutang itu perlu dibayar pada waktu itu juga dan mempunyai lebihan harta serta makanan bagi membayar zakat fitrah.

 

Nota Editor: Ini sedikit sebanyak perkara yang dibincangkan di dalam buku Bahagianya Apabila Zakatmu Diterima Allah, ditulis oleh Fahrur Muis, terbitan PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024