Artikel

Kekacauan di Mesir: Dua Wakil PTS Berlindung di Rumah PMRAM

oleh Roziyah pada 31 Jan 2011

Keadaan kucar-kacir rentetan tunjuk perasan anti kerajaan besar-besaran yang berlaku di Mesir menyebabkan dua orang wakil PTS terkandas di Cairo, Mesir.

Pengurus Besar PTS, Tuan Arief Hakim Sani yang sempat menghubungi Tuan Imran dan Tuan Rohidzir melalui sistem pesanan ringkas (SMS) memaklumkan yang dua wakil PTS itu kini selamat dan berlindung di rumah Rumah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) buat sementara waktu.

Tuan Rohidzir Rais dan Tuan Imran Azmi baru-baru ini berlepas ke Cairo bagi menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Cairo yang ke-43. Pesta Buku Antarabangsa Cairo ini merupakan pesta buku yang kedua terbesar selepas pesta buku di Frankfrut German.

Kedutaan Malaysia ketika ini meminta semua warganegara Malaysia berlindung di rumah atau hotel akibat keadaan di jalan raya yang membimbangkan.

Media melaporkan yang penduduk di ibu negara Mesir ketika ini terpaksa berkurung di rumah berikutan rusuhan dan keganasan yang semakin buruk sejak enam hari lalu.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024