Artikel

Peminat Buku PTS Terpilih Menang iPad

oleh Roziyah pada 31 Jan 2011

Peminat buku-buku terbitan PTS terpilih memenagi sebuah iPad. Beliau yang menyertai Peraduan Teka Judul Buku PTS 2010 memenangi tempat pertama bagi hadiah keseluruhan Teka Judul Buku PTS 2010.

Tuan Ahmad Syahid Bin Asmadi, 14 tahun juga berjaya membawa pulang hadiah buku terbitan PTS bernilai RM3000.

Tuan Ahmad yang mewakilkan abangnya bagi mengambil sendiri hadiah di ibu pejabat PTS berbesar hati dan gembira dengan hadiah yang diterimanya.

Abang beliau, Tuan Ahmad Uwais Asmadi berkata beliau sekeluarga sememangnya meminati buku-buku terbitan PTS.

“Kami mempunyai koleksi buku PTS di rumah termasuklah semua komik terbitan Komik-M. Saya dan adik sememangnya meminati komik terbitan PTS,” kata beliau kepada wakil media PTS.

Peraduan Teka Judul Buku PTS yang diadakan pada tahun lepas merupakan salah satu penghargaan PTS kepada peminat yang menyokong usaha PTS selama ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024