Artikel

Kelab Sukan dan Rekreasi PTS Anjur Karnival Futsal

oleh Roziyah pada 17 Jan 2011

Bagi mengeratkan lagi hubungan warga kerja, Kelab Sukan dan Rekreasi PTS mengadakan Karnival Futsal PTS 2011.

Karnival Futsal yang diadakan pada 15 Januari lalu menghimpunkan seluruh warga kerja PTS di bawah satu gelanggan bagi merapatkan lagi hubungan antara warga kerja.

Warga kerja PTS yang dibahagikan berdasarkan kumpulan menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam perlawanan tersebut.

Ahli pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap satu pasukan diberi nama berdasarkan nama pahlawan Islam.

Pasukan yang terlibat terdiri daripada pasukan Cheng Ho, Uthman, Hamzah dan Alexander.

Pertandingan seperti ini memberi peluang kepada semua warga kerja PTS bergiat aktif dalam aktiviti kesukanan yang pastinya menyihatkan badan dan menambahkan semangat bekerja di kalangan warga kerja PTS.

Selepas Karnival Futsal PTS ini, lebih banyak lagi aktiviti sukan yang dirancang khas buat warga kerja PTS seperti pertandingan badminton, pin pong, bola baling dan bowling.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025