Artikel

Mahasiswa Thailand Kagum dengan Buku-Buku Prof. Emeritus Dr Abdullah Hassan

oleh Roziyah pada 14 Jan 2011

Minat yang mendalam terhadap buku-buku linguistik karangan Prof Emiritus Dr Abdullah Hassan membawa seorang pelajar dari Universiti Islam Yala ke Ibu Pejabat PTS.

Suraiya Chapakiya yang masih menintut di Universiti Islam Yala datang sendiri ke PTS bagi mendapatkan dan mengumpul buku-buku hasil tulisan Prof. Abdullah Hassan.

"Saya memang meminati buku karangan Prof Abdullah Hassan. Bagi saya isinya bernas dan lebih ilmiah. Apabila membaca buku Prof, sekaligus dapat memartabatkan bahasa Melayu," jelas Suraiya Chapakiya ketika bertemu wakil media PTS dia ruang pameran buku-buku PTS.

Menurut beliau, di Thailand terlalu sukar mendapatkan buku-buku berbahasa Melayu. Beliau perlu datang sendiri ke Malaysia bagi mendapatkan buku-buku berbahasa Melayu.

"Saya bangga dapat membaca buku karangan tokoh bahasa dari Malaysia. Saya berharap dapat menjadi salah seorang ilmuan di Thailand bagi memartabatkan bahasa Melayu di Thailand.

Beliau juga berharap agar dapat menimba ilmu dan menjadi anak didik daripada Prof. Abdullah Hassan.

"Terima kasih kepada Prof. Abdullah kerana menghasilkan buku-buku linguistik yang dapat dibaca dan menjadi rujukan. Semoga prof dapat mengeluarkan lebih banyak bahan bacaan yang dapat disebarkan kepada lebih ramai orang," ujar Suraiya lanjut mengakhiri perbualan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025