Artikel

Kelahiran Nabi Muhammad Menerangi Bumi

oleh [email protected] pada 08 Feb 2010

Siti Aminah bermimpi melihat dirinya melahirkan anak lelaki bersama cahaya memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kepada Tuhan, “Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya diselamatkan anak ini daripada semua orang yang dengki.” Pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah atau mengikut ahli sejarah 50 hari selepas peristiwa tentera gajah Nabi Muhammad dilahirkan.

Siti Aminah memberitahu semasa dia mengandungkan Muhammad dia tidak berasa penat ataupun sakit. Menurut sejarah lagi, Muhammad dilahirkan dalam keadaan sujud dan berkhatan.

Nama Muhammad diberikan oleh datuk Nabi, Abdul Muttalib. Pada suatu hari, Abdul Muttalib mengembara ke negeri Syam bersama tiga sahabatnya. Mereka bertemu dengan dengan ulama Yahudi di Syam. Rahib itu memberitahu, akan lahir seorang nabi di Mekah bernama Muhammad.

Keluarga Siti Aminah tinggal di Yathrib, kini dikenali Madinah. Abdul Muttalib membawa anaknya Abdullah ke Yathrib dan dikahwinkan dengan Siti Aminah. Selepas itu, mereka pulang ke Mekah. Semasa Siti Aminah mengandung, ayah Muhammad meninggal dunia sebelum beliau dilahirkan.

Dipetik daripada buku Biografi Muhammad bin Abdullah. Kenali Nabi Muhammad melalui http://www.pts.com.my/maulud.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024