Artikel

Nabi Muhammad Menjadi Anak Susu Halimah Saadiah

oleh [email protected] pada 08 Feb 2010

Biografi MuhammadSiti Aminah menawarkan Halimah anaknya Muhammad. Apabila Halimah mengetahui dia anak yatim, Halimah menolak pada mulanya. Ibu-ibu yang lain juga tidak mahu. Halimah tidak mendapat anak susu sehingga rombongan berangkat pulang. Akhirnya, Halimah menjadi ibu susu Muhammad selepas mendapat izin suaminya Harith.

Pelbagai keberkatan yang berlakau apabila Halimah menyusukan Nabi Muhammad. Keberkatan pertama, keldai yang paling lambat semasa perjalanan, kini mendahului, pantas dan sentiasa di hadapan rombongan. Situasi itu menyebabkan rombongan lain terkejut.

Keberkatan kedua, susu Halimah yang hampir kering menjadi semakin banyak. Ia mencukupi bagi menyesui anaknya dan Muhammad sampai kenyang. Apabila sampai ke suku Saad, unta ternakan halimah yang sudah tua menjadi sihat dan menghasilkan susu. Kambing-kambing Halimah juga semakin sihat, gemuk dan membiak dengan cepat.

Tahun demi tahun, kehidupan Halimah bertambah baik, semasa Muhammad berumur dua tahun, beliau sudah fasih bercakap dan kematangannya mindanya seperti berumur enam tahun.

Pelbagai lagi kisah semasa Halimah menyusukan Nabi Muhammad, buku Biografi Muhammad menerangkannya lebih lanjut. Cadangan buku-buku lain pula, layari http://www.pts.com.my/maulud.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024