Kemenangan Umat Islam: Perang Salib Ketiga

oleh Amirah pada 17 Jul 2014

perang_salib_3-co-compress_1_1111-240x377

Kemenangan dalam pertempuran yang sengit datangnya daripada pahlawan yang hebat. Perjuangan Salahudin Al-Ayubi diteruskan dalam novel sejarah Perang Salib Ketiga oleh penulis terkenal, Abdul Latip Talib.

Penulisan buku yang bersesuaian dengan semua peringkat umur ini menggunakan gaya bahasa yang ringkas dan mudah difahami.

Selain itu, ia juga berupaya menarik minat umum untuk mendalami dengan lebih mendalam tentang sejarah Islam terutama kepada pembaca yang kurang gemar membaca cerita dalam bentuk buku fiksyen. Buku ini menceritakan tentang kegagahan Salahudin Al-Ayubi dalam menempuh medan pertempuran.

Sifatnya yang pantang menyerah kalah, penuh strategik, dan berani ini diiringi keyakinannya terhadap Allah S.W.T dalam mencapai kemenangan.

Kejayaan Salahudin Al-Ayubi menawan Baitulmuqaddis menaikkan kemarahan musuh Islam dari negara-negara Kristian Eropah. Antara raja yang memusuhi Islam adalah Richard I, Raja England yang lebih dikenali sebagai Richard The Lionheart.

Bagi penggemar novel sejarah Islam bolehlah mendapatkan buku terbaru ini dengan harga yang berpatutan. Buku ini juga boleh dibeli secara online di www.bookcafe.com.my