Artikel

Kongsi Pengalaman, Linda Rafar tulis Buku Inspirasi Bersama PTS

oleh Roziyah pada 17 Jul 2014

Kongsi Pengalaman, Linda Rafar tulis Buku Inspirasi Bersama PTS

Kematian anak yang disayangi baru-baru ini membuatkan separuh jiwa Linda Rafar hilang. Namun beliau bangga kerana kehilangan anaknya menghidupkan jiwa rakan artis di sekelilingnya.

“Saya tidak tahu memen ini anak syurga. Selepas meninggal satu persatu kebaikannya diceritakan oleh orang yang mengenalinya. Saya sendiri terkejut mendengar cerita mengenai kebaikan memen.” jelas Linda. 

5 Julai lalu, Anak kedua kepada penyanyi dan pelakon Linda Rafar meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Rezaimen atau lebih dikenali sebagai memen dimasukkan ke wad HUKM sekitar Mac lalu akibat ketumbuhan di dalam perut. 

Bagi linda, pengalaman sepanjang menjaga anaknya sakit dan ketabahan anaknya sendiri perlu disebarkan kepada umum sebagai iktibar dan inspirasi kepada masyarakat. 

Bercerita mengenai ketabahan memen sepanjang beliau sakit, Linda mengakui kekuatanya Linda timbul apabila melihat ketabahan anaknya menanggung kesakitan yang dialami. 

Kisah kehidupan memen juga menjadi inspirasi kepada beberapa sahabat artis Linda sendiri sehingga mereka terdorong untuk memakai hijab dan menutup aurat selepas anaknya meninggal dunia. 

Kematian memen buatkan saya sedar yang dunia ini tiada apa-apa. Kehilangan memen menyebabkan sahabat dan saya sendiri sedar yang kami juga akan menghadapi saat kematian itu.” Jelas Linda lagi.

Menjelaskan perubahannya kini, Linda menjelaskan beliau kini lebih tenang.

“Allah memberikan hidaya-Nya melalui anak saya. Saya merasakan kesakitan yang anak saya alami ketika nazak itu hakikatnya petunjuk Allah untuk saya.” terang Linda. 

Beliau mengharapkan buku yang akan diterbitkan bersama PTS ini akan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang yang membacanya.

Sebagai maklumat, PTS akan menerbitkan buku berbentuk inspirasi yang menceritakan ketabahan dan hikmah kehilangan anak Linda Rafar baru-baru ini. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024