Artikel

Kenali Pahlawan Hebat: Moyang Salleh

oleh Hairul Faizal Adli Ab Ghani pada 07 Oct 2013

Moyang Salleh, namanya jarang didengari, namun orangnya hebat tidak terperi.

Dengan kuasa sakti, tubuhnya tidak mampu disakiti, dan dia tidak takut mati. Dia adalah pemimpin Jelebu yang sangat dihormati dan sangat banyak menabur bakti.

Dia suka merendah diri, namun kata-katanya sangat didengari. Kisah Moyang Salleh adalah kisah benar yang menjadi legenda Johor.

Ketika Moyang Salleh memimpin Jelebu, kawasannya aman damai dan tiada musuh yang berjaya menceroboh.

Dia sendiri mempunyai sebilah keris sakti dan dibantu pula oleh empat orang pahlawan yang gagah perkasa.

Tok Laut Api mampu mengeluarkan api menerusi hembusan nafasnya. Tok Gagah Lela sangat kuat hingga mampu mengalahkan 10 orang lelaki sekaligus. Tok Beruang Hitam pula, apabila melompat, tinggi lompatannya melepasi pokok kelapa yang tinggi.

Akhirnya sekali, pembantu Moyang Salleh adalah Tok Bauk, yang mampu menggali lubang yang besar dengan hanya menggunakan tangannya sahaja.

Konflik tercetus apabila anak sahabatnya dibunuh oleh Sultan Johor yang suka merampas isteri dan tunangan orang. Seluruh daerah telah bersatu mahu berperang dengan kerajaan Johor yang zalim.

Moyang Salleh dihantar sebagai utusan untuk menuntut hak dan mendapatkan penjelasan daripada Sultan Johor.

Di pusat empayar kesultanan Johor yang mempunyai ribuan askar, Moyang Salleh dan empat pahlawannya berdiri gagah untuk menuntut hak mereka.

Namun, Sultan Johor terlalu angkuh dan enggan menemui mereka. Malah, mereka dipermain-mainkan dan dilayan dengan kasar. Mereka pantang dicabar dan mula menunjukkan kehebatan mereka.

Apakah kesudahan kisah legenda Moyang Salleh dan para pengikutnya ini?

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024