Kenapa Saiful Nang Kata ‘Mat Jenin’ Sebenarnya Hero?

oleh Asri Yussof pada 06 Oct 2016

11062914_10153069271235958_7824380938176917915_n

Saiful Nang kembali mewarnai dunia penulisan beliau dengan terbitnya buku kedua di bawah rumah penerbitan Puteh Press. Kali ini, ia tampil lebih gagah dan berani dengan warna merahnya pada kulit buku.

Kalau sebelum ini ada Kisah Orang Menang, kali ini kita belajar mengenai Mat Jenin. Siapa pula Mat Jenin ini? Anda kenal?

Kalau nak cerita memang panjang. Kalau rajin, pergilah tanya ibu bapa atau orang-orang tua cerita Mat Jenin. Paling malas pun, taip sahaja m-a-t-j-e-n-i-n di enjin carian Google, nescaya banyak pilihan untuk anda baca.

Kebanyakan orang memandang Mat Jenin ini sebagai cerita negatif. Kesalahan Mat Jenin cuma satu; dia banyak berangan. Panjat pokok kelapa pun sempat lagi berangan. Akhirnya mati apabila jatuh dari atas pokok kelapa, sebabnya berangan nak kahwin dan memeluk puteri raja.

Tapi lain pula pada perspektif Saiful Nang. Beliau menganggap Mat Jenin sebagai hero. Sebab itu beliau menamakan buku keduanya dengan judul Mat Jenin Sebenarnya Hero.

Kenapa pula begitu? Tulis Saiful Nang dalam buku keduaya,

Orang yang berimaginasi seperti Mat Jenin-lah yang membangunkan negara dan bangsa. Cuma silap Mat Jenin ialah, bila bisnes ayam dia dah jadi sekandang kambing, bisnes kambing dia dah jadi sekandang lembu, dan bisnes lembu dia dah jadikan dia kaya-raya, satu yang buat dia jatuh ialah… PEREMPUAN!

Maaf kalau anda rasa saya rasis. Ini apa yang saya kutip dari buku Mat Jenin Sebenarnya Hero, dan saya rasa itu betul. Ia bertepatan dengan beberapa peringatan dari Nabi Muhammad SAW,

“Waspadalah dengan dunia, begitu pula dengan godaan wanita. Kerana cubaan yang menimpa Bani Israel kali pertama adalah disebabkan godaan wanita.” (Hadis riwayat Muslim, no. 2742)

Dalam buku kedua ini, kita disajikan dengan idea yang bermula dengan angan-angan, satu per satu dipraktik, gagal, cuba lagi, jatuh, cuba lagi… (ulang barang 10 ke 20 kali), cuba dan akhirnya berjaya.

MENARIK: Baca Buku Saiful Nang dan Menang Percutian ke Italy, Switzerland atau Turki

MENARIK: Logik Mudah Saiful Nang, Cara Beli Kerata dengan Mudah

Sekarang budak Felda ini berjaya menempa nama sehingga ke luar negara. Macam mana nak jadi seperti Saiful Nang? Anda perlu baca Mat Jenin Sebenarnya Hero dan dapatkan inspirasi daripada beliau.

Lebih menguntungkan, selepas membaca kedua-dua buku Saiful Nang, anda tulis review dan menang hadiah percutian ke Switzerland, Turki atau Itay (anda pilih sendiri). Klik di sini untuk maklumat lanjut.