Artikel

Bagaimana Anda Boleh Bercuti ke Itali, Switzerland Dan Turki Secara Percuma

oleh Asri Yussof pada 15 Sep 2016

Bercuti adalah pengalaman yang menyeronokkan. Malah, sekarang lebih popular dengan bercuti gaya backpacker, pergi dengan barangan yang minimal dan bergerak dalam kelompok masyarakat setempat.

Itali, Switzerland dan Turki adalah tiga negara yang sering menjadi idaman untuk semua orang pergi dan melihat sendiri bandar-bandar mereka serta budaya setempat.

Itali adalah negara yang mana paling banyak mempunyai kawasan-kawasan yang sudah diiktiraf oleh Pertubuhan Tapak Warisan Dunia (UNESCO) iaitu sebayak 45 kawasan.

Cinque Terre, Italy

Di sini banyak tersimpanya warisan agung seni, budaya dan sastera. Tidak harian kenapa ramai yang meminati bidang ‘travel photography’ tidak ketinggalan untuk berjalan ke Itali dan mengambil gambar sebanyak yang mungkin.

Venice, Italy

Malah ada yang sanggup ke Itali semata-mata untuk menonton teater di sana yang sangat berbaloi.

Theater, Italy

Switzerland pula adalah kota yang menempatkan pertembungan budaya dan sejarah. Rata-rata rakyatnya bercakap dalam 4 bahasa, Jerman, Perancis, Itali dan Romansh (paling sedikit penggunaannya dalam pertuturan seharian).

Bern, Switzerland

Switzerland menjadi kota pertembungan budaya kerana kedudukannya yang terletak bersempadan dengan Jerman, Perancis, Itali, Austria dan Liechtenstein.

Old City, Switzerland

Mereka yang berminat dengan budaya setempat yang kaya akan memilih Switzerland sebagai tempat persinggahan. Juga kepada peminat fotografi dalam genre ‘Culture photography’ akan ke sana untuk dapat ‘shoot-shoot’ yang terbaik.

Bernina Railway, Switzerland

Malah pemandangan di sana yang sangat semulajadi lagi membuatkan ia pilihan terbaik untuk bercuti di sana.

Switzerland

Rasanya, Turki sudah mengambil alih gelaran kota Cinta dari Paris selepas kejayaannya menempatkan dirinya sebagai salah satu negara yang menerima pelancong paling ramai di dunia.

Istanbul, Turkey

Menariknya Turki, ia pernah diduduki oleh 3 empayar yang besar di dunia, iaitu Rom, Rom Timur dan Uthmaniyyah. Pergilah kemana ceruk pun di Turki akan ada sesuatu yang istimewa untuk kita rakamkan.

Penjaja di Turki

Masuk ke lorong-lorong kecil kita dalam menikmati kopi segar buatan Turki. Pergi ke Busphorus dapat pula menikmati ikan segar gaya tradisional - iaitu ikan jeruk dan masakan laut gaya moden.

Turkish Coffee

Ada yang cakap, anda belum boleh digelar jurugambar terbaik kalau belum ada sekeping rakaman di Turki.

Tunel Turki

Baiklah, Macam mana anda berpeluang untuk pergi ke Itali, Switzerland atau Turki secara percuma? Ikut langkah-langkah di bawah:

  1. Anda perlu membeli salah satu buku Saiful Nang atau kedua-duanya terbitan Puteh Press di outlet MPH sahaja.

  2. Dengan setiap pembelian salah satu buku Saiful Nang dan 2 buah lagi buku Puteh Press yang lain, anda layak mendapatkan tote bag secara PERCUMA. Maksudnya beli 3 buku Puteh Press akan dapat Tote Bag secara percuma.

  3. Kemudian, tulis review (boleh lebih dari satu) mengikut kreativiti dan pandangan anda sendiri. Tiada had panjang atau pendek. Kalau anda rasa review anda pendek tapi ‘deep’ boleh tulis pendek. Kalau rasa banyak isi yang nak disampaikan, boleh tulis panjang.

  4. Emailkan review anda ke [email protected] bersama-sama bukti resit pembelian.

  5. Sangat digalakkan untuk menghantar juga gambar anda selfie bersama buku-buku Saiful Nang.

  6. Selepas anda email, kami akan share di facebook page Puteh Press. Like dan share terbanyak akan diberikan hadiah bulanan.

  7. Anda perlu share review anda dari facebook page Puteh Press ke facebook peribadi anda.

  8. Pemenang utama akan dipilih sendiri oleh Saiful Nang dan wakil Puteh Press.

  9. Selain hadiah utama, ada lagi 5 hadiah bulanan yang akan dierikan kepada review yang mendapat like atau share terbanyak untuk satu-satu bulan sehingga 15 November 2016.

Saiful Nang

Puteh Press mendoakan anda yang membaca berita ini akan mempunyai peluang yang besar untuk menjadi salah seorang pemenang utama untuk melancong dengan percuma bersama Saiful Nang, dan boleh belajar selok-belok untuk menjad yang terbaik dalam bidang fotografi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024