Artikel

Ketahui Panduan Dan Amalan Penting: Kehamilan Dari Prakonsepsi Sehingga Kelahiran

oleh Amiratul Awatif Ghazali pada 30 Sep 2013

Pelbagai pengalaman ditempuh sepanjang perjalanan itu. Ia membawa seribu satu kerisauan, keterujaan dan kepenatan yang tidak berpenghujung.

Buku ini dihasilkan dengan matlamat menjadi sahabat baik di sepanjang perjalanan menakjubkan yang bakal kita lalui sehingga ke alam keibubapaan, dari detik kita memutuskan mahu memulakan kehidupan berkeluarga sehingga pada minggu-minggu pertama kelahiran bayi kita ke dunia.

Buku ini menyediakan segala informasi yang diperlukan oleh setiap ibu dalam proses kehamilan mereka.

Ia meliputi diari kehamilan mingguan, senarai semakan yang berguna, disertai dengan tip dan nasihat daripada ibu bapa yang berpengalaman.

Babycenter adalah sumber rujukan yang boleh dipercayai oleh lebih 16 juta ibu bapa di seluruh dunia.

Antara persoalan yang mungkin timbul adalah apa yang selamat? Apa yang boleh seorang ibu makan? Mengapa bakal ibu begitu penat dan beremosi? Bagaimana bakal ibu akan tahu, masa bagi melahirkan anak sudah tiba?

Semua jawapan kepada persoalan ini ada ditulis dalam buku ini.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024