Artikel

Ketahui Rahsia Kehebatan Al-Quran : The Power Of Al-Quran

oleh Shafiq Noorisham pada 20 May 2013

The Power of Al-Quran adalah buku yang membongkar kekuatan sebenar kitab al-Quran dan mukjizat yang Allah kurniakan kepada orang yang beriman padanya.

Buku ini juga membicarakan sedikit mengenai sejarah dan pembukuan al-Quran yang berperingkat-peringkat. Selain itu, banyak kenyataan yang membuktikan keaslian dan ketulenan al-Quran.

Kajian saintifik yang dilakukan masa kini menunjukkan al-Quran telah pun menyatakan permasalahan saintifik lebih 1,400 tahun yang lalu. Jauh melangkaui teknologi Barat yang hanya bermula sekitar abad ke 18 dan 19.

Tidak ketinggalan buku ini turut memaparkan surah yang menerangkan proses kejadian alam secara tepat dan membuatkan saintis Barat terkejut dengan kelebihan al-Quran.

Ramai cendekiawan Barat dan ahli kitab mengakui fakta yang ada dalam al-Quran tidak mungkin ditulis atau direka oleh seorang manusia seperti Nabi Muhammad SAW.

Selain itu, banyak lagi zat-zat al-Quran yang turut dipaparkan dalam buku ini. Jadi ayuh kepada yang ingin memahami ilmu al-Quran dan kaedah saintifik yang ada di dalamnya harus segera dapatkan buku ini.

Anda boleh mendapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024