Artikel

Merawati Santau Langkah Demi Langkah : Kaedah Merawat Santau

oleh Shafiq Noorisham pada 21 May 2013

Amalan santau merupakan amalan syirik yang masih diamalkan oleh segelintir masyarakat kini walaupun dunia kini telah pun maju dan moden. Dengki, sakit hati dan dendam antara sebab individu menggunakan santau atas individu lain.

Buku terbaru karya dua tokoh agama yang terkenal iaitu Dato’ Dr. Haron Din dan Tuan Hj. Mokhtar Kassan ini merungkai cara dan kaedah yang boleh diamalkan sendiri untuk mengelakkan diri daripada disantau.

Santau adalah perbuatan khianat yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada seseorang individu yang terkena. Perbuatan santau juga boleh membawa maut kepada pesakit. Buku ini sedikit sebanyak dapat membantu cara untuk mengelakkan diri daripada terkena santau

Langkah demi langkah kaedah merawat yang ditunjukkan bukan sahaja melalui ayat tetapi dalam bentuk visual gambar dan ilustrasi untuk memudahkan para pembaca memahami secara tepat dan efektif.

Selain kaedah merawat santau, buku ini juga menyatakan bahan-bahan yang digunakan ketika merawat santau. Bahan seperti limau nipis, halia, kunyit dan sebagainya sebenarnya mampu mengubati pesakit santau dengan bacaan dan kaedah yang tertentu.

Buku yang menarik selain mempunyai gambar serta ilustrasi yang berkesan dalam memberi maklumat kepada para pembaca. Buku yang bagus untuk dijadikan ikhtiar merawat penyakit santau selain tetap memohon kepada Allah kerana hanya Dia yang mampu menyembuhkan segala penyakit dengan kehendakNya.

Anda boleh mendapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024