Ketahui Rahsia Kejayaan: Misi 10A Finale

oleh Amirah pada 03 Feb 2014

misi1finale-web

Misi 10A Finale karya Afiq dan Nazry merupakan siri novel grafik bestseller Komik-M dimana pengakhiran cerita bagi siri komik Misi 8A, Misi 10A, dan Misi 10A Plus.

Ia turut memuatkan 100% halaman bewarna untuk menarik minat para pembaca agar tidak bosan membaca.

Siri kali ini mengajar pembaca bersedia dalam menghadapi peperiksaan akhir.

Selain itu ia juga diselitkan dengan unsur-unsur persahabatan, bijak mengatur, bersemangat jiwa serta memberi mesej-mesej yang baik sekaligus memberi tanggapan positif agar tidak mudah berputus asa.

Membaca buku ini dapat memberi kesan kepada pembaca dengan ilmu-ilmu, tips dan teknik belajar yang berguna. Para pembaca akan berasa yakin dengan kebolehan sendiri dan mendapatkan motivasi.

Buku ini juga menyelitkan slot peraduan yang menarik untuk pembaca setia dan hadiah yang lumayan secara percuma di dalamya.

Dapatkan segera komik novel grafik Misi 10A Finale di pasaran sekarang untuk panduan bagi persediaan menghadapi peperiksaan akhir. Ternyata anda tidak akan menyesal memilikinya.