Artikel
Kisah Fatimah Puteri Nabi Ditampilkan dalam Bentuk Novel
oleh Roziyah pada 12 May 2011
Tuan Zahiruddin Zabidi yang sebelum ini tampil dengan siri novel srikandi Islam membawakan kisah hidup puteri nabi iaitu Fatimah al Zahra.
Pembaca kini boleh menyelusuri kisah hidup puteri Rasulullah dengan lebih santai dan menghiburkan.
Tuan Zahiruddin sebelum ini sudah menghasilkan Novel Srikandi Islam iaitu Rabiatul Adawiyah dan Aminah.
Kisah Fatimah Puteri Nabi bermula daripada sebuah keluarga yang dimuliakan oleh Allah. Lahir seorang puteri yang mulia, bernama Fatimah adalah susuk wanita yang dijadikan teladan sejak zaman-berzaman. Taatnya kepada Allah, patuhnya kepada Nabi, setianya kepada suami dan sayangnya kepada anak-anak, adalah sebuah kisah indah yang sempurna. Ini adalah novel yang menceritakan kisah indah dan sempurna itu. Diceritakan oleh watak-watak yang mengagumi Fatimah. Dikisahkan dengan penuh hikmah, bukan sekadar untuk dikenang tetapi untuk dikalungi pada peribadi.
Dapatkan buku terbaru hasil karya tuan Zahiruddin Zabidi bagi mengenang kisah dan perjuangan seorang puteri Nabi yang menjadi teladan kepada wanita-wanita Islam.